بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sempena permintaan yang amat menggalakkan terhadap kitab 27 Hadith Berkenaan Puasa dan Bulan Ramadan, serta penganjuran Tayangan Premier Daurah Perdana Ramadan, pihak Yayasan Ar-Ri'ayah dengan penuh komitmen dan tanggungjawab terhadap penyebaran ilmu telah mengambil inisiatif untuk mencetak semula kitab yang sarat dengan mutiara hadis ini.

Ramadan adalah bulan tarbiyah dan penyucian jiwa. Justeru, kami menjemput seluruh masyarakat untuk bersama menjayakan Kempen Infaq Kitab 27 Hadith Berkenaan Puasa dan Bulan Ramadan sebagai usaha memperluaskan kefahaman yang sahih tentang ibadah puasa dan kelebihan bulan yang mulia. 


 Bentuk Penyertaan Infaq

 Minimum sumbangan RM5

 Setiap sumbangan minimum RM5 melayakkan anda untuk:

Menginfaqkan senaskah kitab kepada pihak lain, atau

Menerima senaskah kitab untuk kegunaan peribadi.

- Kaedah Sumbangan -

 Sumbangan boleh disalurkan melalui:

Platform OnPay rasmi Yayasan

(Bagi urusan pos, kos penghantaran ditanggung oleh pihak penginfaq.)


( Kepada yang ingin self-collect )

Kaunter Infaq & collect di lokasi yang ditetapkan

(Boleh berhubung dengan pic di poster untuk sebarang urusan)




 Tayangan Premier Daurah Perdana Ramadan

 09.03.2026 – Sesi Pertama

 10.03.2026 – Sesi Kedua

11.03.2026 – Sesi Ketiga

12.03.2026 – Sesi Soal Jawab

Jam 4.00 petang

Tayangan rakaman boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Yayasan Ar-Ri'ayah


Marilah kita jadikan Ramadan ini bukan sekadar musim beribadah, tetapi juga musim menyebarkan ilmu. Semoga setiap helaian yang dibaca dan setiap hadis yang dihayati menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Sebarkan ilmu, hidupkan Ramadan.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kitab 27 Hadith Berkenaan Puasa Dan Bulan Ramadan
Sumbangan Ikhlas Kitab 27 Hadith berkenaan Puasa dan Bulan Ramadan
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN